MEDIA RELEASES
SEB giat tingkatkan kerja tambah baik bekalan elektrik di Sadong Jaya, Sebuyau dan Simunjan
KUCHING
15 JUNE 2024
Sarawak Energy Berhad (SEB) giat melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan bekalan elektrik di kawasan Sadong Jaya, Sebuyau dan Simunjan.
Menerusi satu kenyataan SEB hari ini, projek berkenaan akan dilaksanakan bagi meningkatkan infrastruktur di kawasan itu.
“Langkah proaktif tambahan untuk menangani isu ini termasuklah penyelenggaraan berjadual, yang mana terdapat gangguan yang boleh menyebabkan kesulitan jangka pendek, kerana gangguan kuasa yang disebabkan oleh penutupan berjadual diperlukan untuk kerja-kerja pembaikan yang selamat dan penggantian peralatan,” kata kenyataaan itu.
Dalam pada itu, sebelum ini, SEB turut menyiapkan pemasangan kabel bawah tanah 33KV baharu dari Serian ke simpang Gedong untuk mengukuhkan bekalan ke Simunjan.
“Sarawak Energy juga merancang untuk membina pencawang Sebuyau, untuk meningkatkan bekalan dan meminimumkan kelemahan terhadap gangguan yang disebabkan oleh faktor luaran.
Selain itu, terdapat perancangan dalam masa terdekat untuk memasang talian pengedaran terlindung khusus menggunakan sistem Pengalir Tertutup Voltan Sederhana (MVCC) di Sadong Jaya, Sebuyau dan kawasan Simunjan,” kata kenyataan itu lagi.
Justeru, Pengurus Wilayah Sarawak Energy, Tan Joo Kok berkata Sarawak Energy komited untuk menyediakan tenaga elektrik yang boleh dipercayai kepada semua pelanggannya.
Source: TVS: https://www.tvsarawak.my/2024/...