NEWS & UPDATES
Smart Meter Replacements: Sarawak Energy Addresses Concerns Over Electricity Bills
KUCHING
9 OCTOBER 2024
Sarawak Energy and its operations and retail arm, Syarikat SESCO Berhad (SESCO), are focused on resolving issues related to concerns that customers have raised in social media over a sudden increase in their first electricity bill following the installation of smart meters.
“During any meter replacement process, including installation of smart meters, the final reading of the replaced meter is recorded as it registers the actual consumptions of the consumers. The difference between this final actual reading, and estimated readings in Sarawak Energy’s system will be corrected accordingly. This results in a one-time billing adjustment to offset against prior long term estimated reading by Sarawak Energy,” explained Ng Shou Fui, Sarawak Energy’s Vice President for Retail.
Following the meter replacement, customers may experience noticeable drops or significant increases in their bills as they are adjusted from estimated readings to actual readings. These one-time adjustments are due to the previous conventional meter's estimated readings. Customers with long-term overestimated bills will see a noticeable decrease, while those with long-term underestimated bills will experience a significant increase.
Since its pilot rollout in 2019, about 93,000 units of smart meters have been installed in Kuching, approximately 38% of the capital city’s 245,061 customer account holders.
Customer bills are estimated when Sarawak Energy meter readers are unable to access the meter due to locked gates or when meters are installed in locations such as side walls or inside customer premises, obstructing visual readings. Smart meters address this issue by enabling remote monthly readings of actual consumption, eliminating the need for prolonged estimated bills. Future bills will reflect real-time usage and ensure timely billing.
“The changeover to smart meters is in line with global technological advancements, with meters calibrated to meet accuracy limits in compliance with international standards. These digital features offer several benefits to customers, including faster outage detection and restoration, as well as self-monitoring to better manage electricity consumption,” said Ng Shou Fui, Sarawak Energy’s Vice President for Retail.
Additionally, smart meters will allow customers to monitor their electricity usage through the SEB cares mobile app or web portal. This feature is targeted for release by the end of the year, enabling customers to self-monitor and manage their consumption more effectively, helping to avoid wastage and potentially reduce costs.
“To assist customers in managing previous unbilled charges, Sarawak Energy offers flexible instalment payment plans. Our Customer Service Counter is ready to help customers arrange these instalments, ensuring a more manageable approach to settling any billing adjustments,” said Ng.
“We will also actively engage with the local community leaders and residents to offer a platform for customers to seek clarification about smart meters and address any billing concerns,” Ng continued, adding that a committee will be formed within Sarawak Energy to manage the rollout, ensuring communities are engaged before installation and handling all matters related to smart meters.
Customers can contact Sarawak Energy if they notice any inconsistencies in their bills or have questions about smart meters. The Customer Care Centre is available 24 hours and can be reached at 1-300-88-3111, via email at customercare@sarawakenergy.com, through the SEB Cares mobile app or web portal, or by visiting the nearest customer service counter. For customers in Kuching, counters are available at Saradise, Wisma SESCO, or UTC Kuching.
--
Sarawak Energy, bersama subsidiari Syarikat SESCO Berhad (SESCO), memberikan sepenuh tumpuan bagi menyelesaikan isu berkenaan dengan kebimbangan pelanggan yang telah dibangkitkan melalui media sosial terhadap peningkatan bil elektrik pertama mereka susulan pemasangan meter pintar.
"Semasa proses penggantian meter, termasuk pemasangan meter pintar, bacaan akhir meter yang diganti akan direkodkan kerana ia menunjukkan penggunaan pelanggan yang sebenar. Perbezaan antara bacaan akhir sebenar ini dengan bacaan anggaran dalam sistem Sarawak Energy akan diperbetulkan dengan wajar. Ini akan menghasilkan perubahan bil dalam bentuk sekali sahaja untuk mengimbangi bacaan anggaran jangka panjang yang ditetapkan oleh Sarawak Energy," jelas Ng Shou Fui, Naib Presiden Peruncitan Sarawak Energy.
Selepas penggantian meter dilakukan, pelanggan mungkin akan melihat penurunan yang ketara atau peningkatan yang signifikan dalam bil mereka apabila diselaraskan dari bacaan anggaran kepada bacaan yang sebenar. Perubahan dalam bentuk sekali ini adalah disebabkan oleh bacaan anggaran dari meter konvensional yang sebelumnya. Pelanggan dengan bil yang dianggarkan berlebihan dalam jangka yang berpanjangan akan melihat penurunan yang ketara manakala mereka yang mempunyai bil yang dianggarkan rendah dalam jangka yang berpanjangan tersebut akan mengalami peningkatan yang signifikan.
Sejak pelancaran rintis pada tahun 2019, sekitar 93,000 unit meter pintar telah dipasang di Kuching, dengan lebih kurang 38% daripada 245,061 pemegang akaun pelanggan di ibu kota.
Bil pelanggan akan dianggarkan apabila pembaca meter Sarawak Energy tidak dapat mengakses meter disebabkan oleh pagar yang berkunci atau apabila meter dipasang di lokasi seperti dinding sisi atau dalam premis pelanggan di mana perkara tersebut menghalang bacaan visual. Oleh sebab itu, meter pintar boleh mengatasi isu ini dengan membolehkan bacaan penggunaan sebenar dilakukan dengan jarak jauh pada setiap bulan, sekaligus menghapuskan keperluan untuk bil anggaran secara berpanjangan. Bil pada masa akan datang akan merekodkan penggunaan masa nyata dan memastikan pengebilan tepat pada masanya.
“Peralihan kepada meter pintar selaras dengan kemajuan teknologi global, dengan meter yang dikalibrasi untuk memenuhi had ketepatan mengikut piawaian antarabangsa. Ciri digital ini menawarkan beberapa manfaat kepada pelanggan, termasuk pengesanan dan pemulihan gangguan elektrik yang lebih pantas serta pemantauan sendiri untuk menguruskan penggunaan elektrik dengan lebih baik,” kata Ng Shou Fui, Naib Presiden Peruncitan Sarawak Energy.
Selain itu, meter pintar akan membolehkan pelanggan untuk memantau penggunaan elektrik mereka melalui aplikasi mudah alih SEB cares atau portal web. Ciri ini dijadualkan untuk dilancarkan pada akhir tahun bagi membantu pelanggan menguruskan penggunaan mereka dengan lebih berkesan termasuk mengelakkan pembaziran dengan potensi pengurangan kos.
“Bagi membantu pelanggan untuk menguruskan caj yang belum dimasukkan sebelum ini, Sarawak Energy menawarkan pelan pembayaran ansuran yang fleksibel. Kaunter Khidmat Pelanggan kami sedia membantu pelanggan untuk urusan ansuran ini dalam memastikan pendekatan yang lebih mudah bagi menyelesaikan sebarang perubahan bil,” tambah Ng.
“Kami juga akan berhubung dengan aktif bersama pemimpin komuniti setempat dan penduduk untuk menawarkan platform bagi pelanggan untuk mendapatkan penjelasan mengenai meter pintar dan menangani sebarang kebimbangan mengenai bil,” kata Ng, sambil menambah satu jawatankuasa akan ditubuhkan dalam Sarawak Energy untuk menguruskan pelaksanaan bagi memastikan komuniti akan terus terlibat sebelum proses pemasangan dan menangani semua perkara berkaitan dengan meter pintar.
Pelanggan digalakkan untuk menghubungi Sarawak Energy jika mereka melihat sebarang ketidakkonsistenan dalam bil mereka atau mempunyai sebarang persoalan mengenai meter pintar. Pusat Khidmat Pelanggan beroperasi 24 jam dan boleh dihubungi di talian 1-300-88-3111, melalui e-mel di alamat customercare@sarawakenergy.com, melalui aplikasi mudah alih SEB cares atau portal web atau dengan mengunjungi kaunter khidmat pelanggan yang terdekat. Bagi pelanggan di Kuching, mereka boleh mengunjungi kaunter yang sedia ada di Saradise, Wisma SESCO atau UTC Kuching.
Smart meters are being deployed across Sarawak in stages
--
Pemasangan meter pintar secara berperingkat di seluruh Sarawak
Sarawak Energy technician installing a smart meter
--
Pasukan teknikal Sarawak Energy sedang memasang meter pintar