ANNOUNCEMENT
-
Klik Di Sini Untuk Diskaun Bil Elektrik - Soalan Lazim
SOALAN LAZIM:
DISKAUN BIL ELEKTRIK DI BAWAH PAKEJ PRIHATIN & BANTUAN KHAS
SARAWAKKU SAYANG COVID‐19- Apakah tempoh perlaksanaan bantuan diskaun bil eletrik?
Bantuan diskaun penggunaan elektrik adalah untuk tempoh enam (6) bulan bermula dari 1 April sehingga 30 September 2020.
- Apakah golongan pengguna yang layak menerima diskaun tersebut?
Kategori yang layak adalah:
Kategori Pengguna Pekara Domestik – D Rumah kediaman tanpa menjalankan sebarang aktiviti komersial. Komersial – C1, C2 & C3 Premis dengan aktiviti‐aktiviti berunsurkan perniagaan dan perdagangan. Industri – I1, I2 & I3 Premis untuk aktiviti‐aktiviti berunsurkan perindustrian contoh kilang pemprosesan, di mana sekurang-kurangnya 80% penggunaan tenaga adalah untuk beban motor. - Berapakah kadar diskaun yang diberi untuk bil elektrik?
Kadar diskaun yang diberi adalah seperti berikut:
Kategori Pelanggan Jumlah Diskaun* Domestik – D 25% Komersial – C1, C2 & C3 15% Industri – I1 & I2 10% Industri – I3 5%
* Termasuk diskaun yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan
- Adakah penggunaan elektrik untuk bulan Mac 2020 di mana bil dikeluarkan dalam bulan April 2020 turut menikmati diskaun?
Hanya penggunaan elektrik dalam bulan April 2020 akan diberi diskaun. Jika bil elektrik yang diterima dalam bulan April dan meliputi penggunaan elektrik untuk bulan Mac 2020 and April 2020, diskaun akan dikira secara proporata berdasarkan penggunaan dalam bulan April 2020.
Contoh untuk tarif domestik:
Tempoh bil:
15/03/2020 hingga 14/04/2020
(Jumlah hari bagi bulan Mac = 16 days)
(Jumlah hari bagi bulan April = 14 days)
Jumlah penggunaan bulanan:
450kWj (600 kWj pertama tidak dikenakan cukai perkhidmatan 6%)
Pengiraan termasuk 16 hari bagi bulan Mac
Penggunaan prorata dalam bulan April:
14/30 hari x 450kWj = 210kWj
Diskaun cuma layak untuk penggunaan tenaga bagi bulan April
Kadar tariff:
29.50 sen/kWj
Jumlah bil sebelum diskaun:
450kWj x RM 0.295 = RM132.75
Jumlah bil selepas diskaun:
[450kWj x RM 0.295] – [210kWj x RM 0.295 x 25%]
= RM132.75 – RM15.49
= RM 117.26
- Bagaimanakah pengiraan diskaun bil elektrik dibuat?
Diskaun bil elektrik adalah berdasarkan penggunaan elektrik bulanan.
Contoh untuk tarif domestik:
Tempoh bil:
01/04/2020 to 30/04/2020
Jumlah penggunaan bulanan:
1,000 kWj (600 kWj pertama tidak dikenakan cukai)
Kadar tariff = 31sen/unit
Bil sebelum diskaun:
RM310 (1,000 kWj x RM0.31) + RM7.44 (6% cukai ke atas baki 400kWj)
= RM317.44
Jumlah bil selepas diskaun:
RM310 (1,000 kWj x RM0.31) + RM7.44 (6% cukai ke atas 400kWj) – RM77.50 (RM310 x Diskaun 25%)
= RM239.94
- Adakah saya layak untuk menerima diskaun untuk semua akaun berdaftar sekiranya mempunyai lebih daripada satu akaun elektrik? Ya, pengguna layak menerima diskaun bil elektrik untuk semua akaun berdaftar dengan Sarawak Energy mengikut kadar untuk kategori yang telah ditetapkan.
- Adakah pemberian diskaun bil elektrik diberi secara automatik?
Ya, penggunaan elektik dari 1 April sehingga 30 September 2020 akan diberikan diskaun secara automatik dan akan dinyatakan di dalam bil elektrik.
- Adakah pengguna elektrik di Sarawak perlu membuat pengesahan kelayakan untuk menerima diskaun?
Tidak. Diskaun akan diberi secara automatik kepada semua pengguna elektrik yang berdaftar dengan Sarawak Energy berdasarkan kategori pelanggan.
- Bagaimanakah proses pengebilan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan memberi kesan kepada diskaun bil elektrik?
Demi keselamatan pengguna dan warga kerja utiliti semasa tempoh PKP, operasi bacaan meter dan penghantaran bil fizikal ke premis dihentikan. Bil elektrik akan dikira secara anggaran berdasarkan penggunaan bulan sebelumnya. Diskaun bil elektrik pula akan dikira berdasarkan bil anggaran tersebut. Pelarasan bil dan diskaun yang berkenaan akan dibuat setelah bil bacaan sebenar diperolehi.
Bagi pengguna yang masih menerima bil anggaran selepas tempoh PKP, pelarasan diskaun akan dibuat setakat pembilan 31 Oktober 2020 sahaja menurut arahan daripada Kementerian Kewangan. Oleh yang demikian, para pelanggan adalah digalakkan supaya mengambil gambar meter serta bacaan meter dan hantarkan kepada Pusat Khidmat Pelanggan Sarawak Energy sebelum 31 Oktober 2020 melalui emel di customercare@sarawakenergy.com atau aplikasi mudah‐alih “SEB cares”, yang boleh dimuat‐turun dari Google Play Store atau Apple App Store; atau melalui https://sebcares.sarawakenergy.com.
- Saya adalah pengguna dengan meter pintar. Bagaimana sekiranya meter pintar tersebut gagal berfungsi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
Pengguna yang mempunyai meter pintar akan menerima bil elektrik dengan pengiraan diskaun berdasarkan bil bacaan sebenar. Mereka akan menerima bil elektrik melalui emel atau melalui aplikasi mudah‐alih “SEB cares”. Sekiranya pengguna belum berdaftar dengan “SEB cares”, sila muat‐turun dari Google Play Store atau Apple App Store; atau melalui https://sebcares.sarawakenergy.com. Namun, sekiranya bacaan gagal diperolehi, bil anggaran akan dikeluarkan dan diskaun bil elektrik akan dikira berdasarkan bil anggaran tersebut. Pelarasan bil dan diskaun yang berkenaan akan dibuat setelah bil bacaan sebenar diperolehi.
- Apakah tindakan Sarawak Energy bagi memastikan pengguna menerima bil elektrik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
Walaupun tiada bacaan meter dijalankan sepanjang tempoh PKP, Sarawak Energy akan mengeluarkan bil anggaran kepada pengguna berdasarkan penggunaan elektrik bulan sebelumnya.
Para pengguna boleh mendapatkan bil melalui emel atau aplikasi mudah‐alih “SEB cares”.
- Bagaimanakah pengguna menerima bil elektrik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
Para pengguna boleh mendapatkan bil melalui emel atau aplikasi mudah‐alih “SEB cares”.
Untuk pelanggan yang belum mendaftar dengan aplikasi mudah alih "SEB cares", kini pengguna boleh memuat turun dari Google Play Store atau Apple App Store; atau melalui https://sebcares.sarawakenergy.com.
Dengan “SEB cares”, para pengguna dapat:
- Menyemak dan mengurus bil elektrik melalui ciri “Bayar Bil Saya”
- Membuat bayaran bil elektrik melalui ciri “Payment” menggunakan FPX atau Kad Kredit
- Membuat laporan mengenai gangguan bekalan elektrik, masalah lampu jalan, maklumat bil, dan pertanyaan berkenaan meter serta menyemak status laporan yang telah dibuat melalui ciri “Laporkan Kepada Kami”
- Berhubung dengan Pegawai Pusat Khidmat Pelanggan untuk sebarang pertanyaan
- Bagaimanakah Sarawak Energy memastikan saya mendapat diskaun bil elektrik yang sepatutnya?
Pihak Sarawak Energy akan memastikan agar proses pengebilan dan pemberian diskaun akan diteruskan walaupun menghadapi sedikit kekangan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pelarasan bil akan dilaksanakan apabila bacaan sebenar diperolehi selepas tempoh PKP tamat.
Bagi memastikan bacaan meter adalah tepat, para pengguna digalakkan untuk mengemukakan gambar meter dan bacaan meter kepada Pusat Khidmat Pelanggan Sarawak Energy sebelum 31 Oktober 2020 melalui emel di customercare@sarawakenergy.com atau aplikasi mudah‐alih “SEB cares” yang boleh dimuat‐turun dari Google Play Store atau Apple App Store; atau melalui https://sebcares.sarawakenergy.com, bagi memastikan pelarasan diskaun dapat dibuat oleh Sarawak Energy.
- Adakah terdapat had masa bagi pelarasan diskaun untuk bil anggaran?
Bagi pengguna yang menerima bil anggaran, pelarasan diskaun terakhir akan dibuat setakat 31 Oktober 2020 sahaja menurut arahan daripada Kementerian Kewangan.
- Bagaimanakah saya boleh melaporkan bacaan meter sebenar untuk tujuan pelarasan bil and diskaun yang sepatutnya?
Pengguna boleh mengemukakan gambar meter serta bacaan meter dan hantarkan kepada Pusat Khidmat Pelanggan Sarawak Energy sebelum 31 Oktober 2020 melalui emel di customercare@sarawakenergy.com atau aplikasi mudah‐alih “SEB cares” yang boleh dimuat‐turun dari Google Play Store atau Apple App Store; atau melalui https://sebcares.sarawakenergy.com bagi memastikan pelarasan diskaun dapat dibuat oleh Sarawak Energy. Pelanggan hanya perlu log masuk atau berdaftar dengan “SEB cares” untuk mengemas kini bacaan meter melalui ciri “Laporkan Kepada Kami”.
- Bagaimana sekiranya saya pernah berdafter dengan “SEB cares” tetapi telah lupa kata laluan saya?
Sekiranya anda lupa kata laluan “SEB cares”, ikut 4 langkah berikut untuk tetapkan semula kata laluan:
- Pada halaman log masuk, klik pada "Lupa Kata Laluan"/"Forgot Password".
- Masukkan "Login ID" (alamat e-mel yang telah digunakan untuk pendaftaran akaun "SEB cares"). Kemudian klik "Request New Password".
- Kata laluan yang dijanakan oleh sistem akan dihantar melalui SMS * kepada anda. Log masuk dengan kata laluan yang dinyatakan dalam SMS.
- Anda diminta menukar kata laluan semasa log masuk. Kata laluan mestilah menepati minimum LAPAN (8) aksara alfanumerik dengan sekurang-kurangnya SATU huruf besar. Sebagai contoh: Seb12345 * SMS akan dihantar ke nombor telefon bimbit berdaftar “SEB cares” anda
- Siapakah yang boleh dihubungi sekiranya saya memerlukan penjelasan atau maklumat atau penjelasan berhubungan dengan “SEB cares” dengan lebih lanjut?
Pengguna boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Sarawak Energy di talian 1300‐88‐3111 atau melaui emel di customercare@sarawakenergy.com atau melalui aplikasi mudah‐alih “SEB cares” yang boleh dimuat‐turun dari Google Play Store atau Apple App Store; atau melalui https://sebcares.sarawakenergy.com.
- Apakah tempoh perlaksanaan bantuan diskaun bil eletrik?
Klik di sini untuk versi Bahasa Inggeris.